Sunday, March 8, 2009

Sekian Lama..

~Kehidupan~
Agak lama juga aku tak update blog ni. Syukur alhamdulillah aku masih begini.. Kehidupan ini telah berubah. Aku telah melangkah setapak kehadapan dalam menuju satu simpang kebahagian. 26 Januari 2009 melakar satu detik baru dalam kehidupan.. syukur alhamdulillah akhirnya hubungan yang hampir 5 tahun ini berakhir dengan ikatan pertunangan. Pelbagai rintangan telah kami lalui..Namun aku sedar dalam ikatan ini terlalu byk dugaan yang perlu kami hadapi.
~Alam pekerjaan~
Sudah hampir setahun aku bekerja dalam bidang it ni dan hampir setahun aku memegang bidang tugas ini. Terasa begitu cepat waktu berlalu. Dalam kehidupan ini terlalu banyak suka duka yang aku tempuhi. Juga terlalu byk ragam yang aku lihat. Kekadang aku x pasti kenapa perlu ada benci membenci dan hasad dengki dalam hidup ini. Sangat2 x pasti.. Kenapa ada orang yang tidak tahu menghormati perasaan org lain. Entahla..Kenapa hatinya tidak selembut insan lain. Aku sentiasa berdoa agar dia akan berubah..Insyaallah... Juga kenapa ada juga insan tidak puas ati apabila tempat yang di idamkan telah diberi pada org lain. Sepatutnya dia tahu berfikir mungkin bukan rezeki dia dcni. Jgn salahkan org lain jika menghormati bos sendiri. Kenapa perlu bertanya itu dan ini. Pelikkan..x perlah dier belum matang dan terbawa perasaan marah dan ketidakpuasan hatinya. Mintak aku di jauhi dengan org seperti ini dan aku juga sgt tidak suka dengan suasana begini berpecah belah. Perlukah segalanya terjadi? Kenapa dieorg x leh nk berfikir ttg kebaikan sesuatu?lu pikirlah sendiri.

No comments: